Daniel tejaga dari tidur lenanya. Nafasnya berdesau kencang. Raut wajahnya tampak berkerut dan berpeluh. Hujan yang jatuh menimpa bumi sejak malam tadi dan baru sahaja reda itu sepatutnya mampu membuatkan badannya sejuk menggigil, namun cuaca dingin itu tidak langsung mempengaruhi suhu badannya.
Daniel berminpi tadi, mimpi ngeri itu seakan-akan benar-benar berlaku, kalimah tasbih diratib berulang kali bagi menenangkan jiwanya yang berkecamuk. Dia menoleh ke arah jam yang tersemat kemas di dinding. Dalam kesamaran, jam dinding itu direnung, lama-lama.
“Astagfirullah…” Daniel mengeluh berat, segumpal nafas dilepaskan bagaikan melepaskan satu bebanan yang berat, dia sekali lagi terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh secara berjemaah di masjid, sudah hampir seminggu dia gagal menyertai jemaah subuh di masjid tempatnya. Kerana teringatkan kewajipan ibadah yang dua rakaat cuma itu serta merta segala perasaan gusar dari hambatan mimpi ngeri yang tidak pernah dialaminya itu lenyap.
Daniel bangkit dari katil dan menuju ke bilik air mengambil wudhu’. Wajahnya kembali segar bagaikan pepohon layu kembali tegak dek siraman hujan malam tadi. Barulah terasa kesejukan yang sedari tadi sepatut dirasanya.
Tanpa berlengah lagi, terus sahaja Daniel membentang sejadah yang di sampirkan di kepala katil di bilik tidurnya ke lantai. Ibadah wajib yang telah disyariatkan ALLAH s.w.t kepada umat Islam melalui Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w insan kamil tidak pernah ditinggalkannya kerana dia tahu berat siksaan yang akan ditimpa kepada mereka yang meninggalkan solat.
Seperti biasa, sejurus selepas solat Daniel tidak pernah lupa untuk berminajat memohon ampun dan redha dari Tuhannya yang Maha Kuasa Lagi Maha Pengampun, diselitkan juga doa untuk kedua ibu bapanya yang telah lama meninggalkan dunia dan kini sedang menanti di alam barzakh
Cahaya pagi mula menyerlah diufuk timur, kelihatan mega jingga indah membangkitkan rindunya pada kampung halaman yang telah lama ditinggalkannya, rasa berat baginya mengingati peristiwa lampau itu, jiwanya serasa lemas. Daniel mengatur langkah lambat-lambat menuju ke dapur. Secangkir air teh panas dibancuh.
Sebelum masuk semula ke kamar tidurnya, Daniel menghirup air teh tadi. Sambil fikirannya melayang-layang untuk
Daniel kembali termenung, selama ini kisah perjalanan hidupnya jarang dihiasi indah seperti mana yang selalu terkarang dalam novel kanak-kanak, pelbagai keperitan dan dugaan yang dilaluinya, hingga kadangkala hapir sahaja dia berputus asa daripada meneruskan hidup ini. Berkat sabar dan solat, ALLAH s.w.t meneguhkan hatinya untuk terus manyusuri kehidupan yang bagaikan kejam terhadapnya, namun keyakinan pada Tuhannya sahajalah menjadi pasak teguhnya semangat.
Segumpal nafas panjang dihembuskan. Sambil dia melangkah kembali ke dalam bilik tidurnya. Air teh diteguk lagi dan kemudian diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan meja komputernya. Perhatiannya dilontarkan ke arah luar jendela yang bersaiz sederhana. Cahaya mentari pagi mula menerobos masuk melaluinya. Perlahan-lahan hatinya berdoa "Ya ALLAH Tuhan yang Maha Kuasa, kau terangilah hatiku dan hidupku ini seperti mana kau menerangi bumimu dengan cahaya mentarimu buat selamanya'.
Sejenak kemudian Daniel kembali termenung mengingatkan kembali kisah hidupnya selama ini…