Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 2, 2008

MELANKOLIK ENIGMA - PROLOG

Daniel tejaga dari tidur lenanya. Nafasnya berdesau kencang. Raut wajahnya tampak berkerut dan berpeluh. Hujan yang jatuh menimpa bumi sejak malam tadi dan baru sahaja reda itu sepatutnya mampu membuatkan badannya sejuk menggigil, namun cuaca dingin itu tidak langsung mempengaruhi suhu badannya.


Daniel berminpi tadi, mimpi ngeri itu seakan-akan benar-benar berlaku, kalimah tasbih diratib berulang kali bagi menenangkan jiwanya yang berkecamuk. Dia menoleh ke arah jam yang tersemat kemas di dinding. Dalam kesamaran, jam dinding itu direnung, lama-lama.


“Astagfirullah…” Daniel mengeluh berat, segumpal nafas dilepaskan bagaikan melepaskan satu bebanan yang berat, dia sekali lagi terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh secara berjemaah di masjid, sudah hampir seminggu dia gagal menyertai jemaah subuh di masjid tempatnya. Kerana teringatkan kewajipan ibadah yang dua rakaat cuma itu serta merta segala perasaan gusar dari hambatan mimpi ngeri yang tidak pernah dialaminya itu lenyap.


Daniel bangkit dari katil dan menuju ke bilik air mengambil wudhu’. Wajahnya kembali segar bagaikan pepohon layu kembali tegak dek siraman hujan malam tadi. Barulah terasa kesejukan yang sedari tadi sepatut dirasanya.


Tanpa berlengah lagi, terus sahaja Daniel membentang sejadah yang di sampirkan di kepala katil di bilik tidurnya ke lantai. Ibadah wajib yang telah disyariatkan ALLAH s.w.t kepada umat Islam melalui Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w insan kamil tidak pernah ditinggalkannya kerana dia tahu berat siksaan yang akan ditimpa kepada mereka yang meninggalkan solat.


Seperti biasa, sejurus selepas solat Daniel tidak pernah lupa untuk berminajat memohon ampun dan redha dari Tuhannya yang Maha Kuasa Lagi Maha Pengampun, diselitkan juga doa untuk kedua ibu bapanya yang telah lama meninggalkan dunia dan kini sedang menanti di alam barzakh sana. Selesai berdoa dia menyapu kedua tangannya ke muka dan menyirna saki baki manik-manik air wudhu’ yang masih tinggal di anak rambut dan dagunya yang baru ditumbuhi janggut halus.


Cahaya pagi mula menyerlah diufuk timur, kelihatan mega jingga indah membangkitkan rindunya pada kampung halaman yang telah lama ditinggalkannya, rasa berat baginya mengingati peristiwa lampau itu, jiwanya serasa lemas. Daniel mengatur langkah lambat-lambat menuju ke dapur. Secangkir air teh panas dibancuh.


Sebelum masuk semula ke kamar tidurnya, Daniel menghirup air teh tadi. Sambil fikirannya melayang-layang untuk cuba menafsir makna mimpi ngeri yang dialaminya. Dia bermimpi tentang dirinya, dan tiga orang sahabat baiknya Razman, Akmal dan Aidil. Mereka bertiga muncul dengan seluruh tubuh yang ibasahi darah merah. Ketika itu dia berdiri begitu hampir dengan mereka. Daniel menghulurkan tangan, menyambut tangan mereka dengan tujuan untuk membantu. Namun hasratnya tidak kesampaian kerana semakin dipanjangkan tangannya untuk meraih jemari sahabat-sahabatnya itu yang penuh luka, semakin jauh dirasakan jarak antara mereka dan secara tiba-tiba dia terjaga daripada mimpinya. Dalam mimpinya itu jelas sekali kelihatan muka sahabat-sahabat baiknya berkerut menanggung kesakitan dan keperitang yang teramat.


Daniel kembali termenung, selama ini kisah perjalanan hidupnya jarang dihiasi indah seperti mana yang selalu terkarang dalam novel kanak-kanak, pelbagai keperitan dan dugaan yang dilaluinya, hingga kadangkala hapir sahaja dia berputus asa daripada meneruskan hidup ini. Berkat sabar dan solat, ALLAH s.w.t meneguhkan hatinya untuk terus manyusuri kehidupan yang bagaikan kejam terhadapnya, namun keyakinan pada Tuhannya sahajalah menjadi pasak teguhnya semangat.


Segumpal nafas panjang dihembuskan. Sambil dia melangkah kembali ke dalam bilik tidurnya. Air teh diteguk lagi dan kemudian diletakkan di atas meja kecil bersebelahan dengan meja komputernya. Perhatiannya dilontarkan ke arah luar jendela yang bersaiz sederhana. Cahaya mentari pagi mula menerobos masuk melaluinya. Perlahan-lahan hatinya berdoa "Ya ALLAH Tuhan yang Maha Kuasa, kau terangilah hatiku dan hidupku ini seperti mana kau menerangi bumimu dengan cahaya mentarimu buat selamanya'.


Sejenak kemudian Daniel kembali termenung mengingatkan kembali kisah hidupnya selama ini…

Thursday, May 1, 2008

JADILAH LELAKI SEPERTI INI

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Wednesday, April 30, 2008

30 APRIL Hari Bersejarah

Assalamu'alaikum wbt, hmmm...selesai sudah bulan April ini ku lalui dan pastinya hari ini merupkan hari yang paling bermakna buat segelintir sahabatku, sambutan hari ulang tahun kelahiran sahabat-sahabat kelahiran April dari Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) Kampus Antarabangsa Labuan disambut secara ala kadar dan cukup ceria, terasa manisnya ukhuwwah yang terjalin atas landasan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH swt.

hari ini mengajar aku tentang betapa kehidupan singkat yang dikurniakan oleh ALLAH swt perlu juga diisi dengan berkasih sayang sesama manusia, persaudaraan dan persahabatan atas tiket jalan dakwah sedikit sebanyak membantu kita yang kadang kala leka dibuai arus dunia. persahabatan yang sejati memang sukar dicari, namun sudah jumpa payah pula dijaga, sepertimana tagline blog aku ni.

Akhi Hafiz(15/4),Akhi Rosman(16/4), Akhi Farid(20/4), dan Akhi Ahmad(30/4) disambut ceria dengan iringan doa keselamatan dan kesejahteraan sahabat-sahabat yang lain, hidangan yang ala kadar terasa lebih sedap daripada masakan di hotel-hotel terkemuka dunia, itulah perasa tambahan yang ALLAH swt kurniakan kepada hambanya yang selalu berkasih-kasihan sesama manusia kerana-Nya.

tidak lupa buat Akhi Azizan(30/4) yang tidak dapat bersama-sama meraikan ulang tahunnya yang ke-22, namun doa kesejahteraan tetap kami layurkan buatnya. begitu juga buat adik-adik aku di SMK Tinggi Klang, adik Rauf(6/4), adik Nabilah(16/4),adik Nasrul(17/4) dan adik Azwan(30/4) semaoga kalian ceria selalu dan senantiasa bernaung dibawah lembayung rahmat-Nya.

begitulah sedikit coretan dari aku untuk hari ini..................

Tuesday, April 29, 2008

BUAT IBU

Sebening titisan embun pagi
Secerah sinarnya mentari
Bila ku tatap wajahmu ibu
Ada kehangatan dalam hati ku

Air wudhu' selalu membasahimu
Ayat suci selalu dikumandangkan
Suara lembut penuh keluh dan kesah
Berdoa untuk putra putri mu

Disaat ku dirudung kegusaran
Dikau memberi tunjuk ajar sebenar
Kala kau gembira mengalir air mata
Tanda kesyukuranmu pada yang esa

Oh ibuku engkaulah wanita
Yang kucinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada salah
Pengorbanamu tanpa balas jasa

Walau kini kau jauh di sana
Jasamu kekal di ruang indah hati
Keagungan cinta mengalir bersamanya
Di dalam jiwa hingga akhir nanti

Ya ALLAH ampuni dosanya
Sayangilah seperti dia menyayangiku
Berilah ia kebahagiaan
Di dunia juga di akhirat
Tempatkan ia antara kekasih-Mu

Monday, April 28, 2008

Kiamat


Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya, Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud:


“Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”


Dalam ayat lain Allah berfirman:


“Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)


Kalian semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.


Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:


Penaklukan Baitulmaqdis

Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)


Zina Berleluasa

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)


Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)


Menghias Masjid dan Membanggakannya

“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)


Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)


Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)


Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)


Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)


Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”


Bulan Sabit Kelihatan Besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)


Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)


Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)


Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)


Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang pemuda/pemudi, jadilah pemuda/pemudi yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.

Sunday, April 27, 2008

inilah AKU...

assalamu'alaikum buat sahabat sahabiah yang sudi melawat blogku ni...syukur kehadrat illahi kerana aku masih diberi kesempatan membuat posting dicelahan kemalasan yang melanda diriku bagai ribut taufan yang merobek-robek keteguhan dan kesungguhan hati dalam setiap gerak geri.

jutaan kemaafan ku pohon daripada kalian kerana sikap ini tidak membantu kalian dalam saf perjuangan malahan mungkin hanya bebanan yang tidak sepatutnya kalian pikul semata-mata kerana nilai diriku yang hanya setakat debu-debu dibawah telapak kaki, yang mana akan hilag pada bila-bila masa sahaja.bukan sengaja memencil diri, aku tidak bisa untuk lama menghadap wajah-wajah antum sekalian, lantaran rasa malu yang menebal, betapa masih lagi ada yang sudi menghargai diri ini setelah segala kerenah yangdaku timbulkan.

sampai bila?...entahlah...tapi hati ini kadangkala meronta-ronta meminta bantuan di selamatkan daripada cengkaman kemalasan ini, walaupun hakikatnya hanya diri sendiri sahaja yang mampu mengubahnya berkat pertolongan ALLAH swt. walaupun dalam minggu peperiksaan sebegini, aku masih lagi tak mampu menggilap ilmu yang kian pudar, hanya lena dalam buaian kemalasan, sibuk dengan game, tidur, dan membaca komik...namun di lubuk hati ini masih lagi ada keinginan yang tebal untuk aku berubah, tapi manakan bisa jika tiada usaha, membuat azam memang mudah, tetapi melaksanakannya amat berat...


sejak abah meninggalkan aku buat selamanya, aku bagaikan hilang semangat untuk meneruskan usaha demi citaku menjadi seorang _______.abahlah yang banyak memujuk hatiku selepas pemergian mak, abang dan kakak ku pula bagaikan mendesak diriku untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, aku bukanlah seperti mereka yang sentiasa disokong oleh mak dan abah ketika dulu, memangaku tak nafikan kejayaan mereka di universiti, namun AKU adalah AKU.

namun hidup pasti perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan, semoga ALLAH swt senantiasa menguji aku agar aku boleh semakin dekat dengan-Nya, manakan ombak menghempas pantai kalau bukan kerana mahu mengubah pasirnya....

kalian...maafkan ku...

Wednesday, April 23, 2008

12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT:- (thanks to Nabila Izham)



barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :"mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
maupun di akhirat".firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg
sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka"

barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya,mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati,mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
bahunya,maka setiap kali dia rukuk atau sujud,berjatuhanlah dosa2 itu

barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka

barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka,takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka


barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.


barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran


barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di neraka. sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka"


barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru,sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak
sepatutnya


barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.


barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.


barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan
derhaka,memelihara solat lima waktu, & meninggalkan dunia dalam keadaan
bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga,beroleh keampunan,kasih sayang & keredhaan Allah swt."

Thursday, April 10, 2008

PEREMPUAN...................TIDAK GUNA............... (thanks to rosman)

1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah
pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.

3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.

6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya
(tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.
Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna
ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia
bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick sahaja?

9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharg disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan
pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik

#sekiranya ada yang salah, harap dapat betulkan saya..

Monday, April 7, 2008

LELAKI ACUAN AL-QURAN (thanks tengku)

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan Allah.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah lelaki yang menghormati Ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya subuh dengan penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup didunia adalah ladang diakhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah lelaki…..
Yang tidak terpesona dengan buai dunia,
Kerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah idamannya…..
" HATI UMPAMA CERMIN PADA PELITA,
HIDAYAH DI DALAMNYA UMPAMA API PADA
SUMBU YANG MENYALAKAN PELITA,
JIKA BERSIH CERMIN HATI,MAKA BERSINAR
GEMILANGLAH CAHAYA YANG DIPANCARKAN…"
(SURAH AN-NUR :35 )

Thursday, March 20, 2008

NABI MUHAMMAD SAW insan kamil

Nabi Muhammad saw meskipun sama kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia biasa.

Sebagai manusia yang terbaik di muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk diteladani.

Umum mengetahui keadaan yang zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui pertuturan dan riwayat para sahabat dan tabi'in.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi ini.

Para sahabat yang sentiasa bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah melihat baginda saw:

  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari terbit.
  • Aku pernah melihat Rasulullah saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan, akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik daripada sinaran bulan.

  • Rasulullah saw seumpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah saw.
  • Apabila Rasulullah saw berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ kami mengetahui yang baginda sedang gembira.

  • Kali pertama memandangnya, sudah tentu kamu akan terpesona
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat
  • Wajahnya seperti bulan purnama

  • Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  • Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik

  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya

  • Janggutnya penuh dan tebal menawan

  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya
  • Rambutnya sedikit ikal
  • Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi
  • Rambutnya terbelah di tengah
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat

  • Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa
  • Seimbang antara kedua bahunya

  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik
  • Aku tidak pernah menyentuh sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah saw.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

  • Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak.

  • Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
  • Warna kulitnya putih tapi sehat
  • Kulitnya putih lagi bercahaya
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh

  • Badannya tidak gemuk
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak
  • Perutnya tidak buncit

  • Badannya cenderung kepada tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka
  • Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

MORAL & IKTIBAR
  • Nabi Muhammad saw. adalah manusia terbaik pilihan Allah.
  • Sifatnya yang terpuji merangkumi aspek fizikal dan rohani.
  • Atas sifatnya yang superior inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia ini.
  • Baginda adalah manusia mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan maksum.
  • Kepimpinan Baginda sepatutnya menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini. Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw, nescaya Allah tidak menerima keimanannya.
P/S: BERSEMPENA MAULIDUL RASUL INI MARILAH KITA PERBANYAKKAN SELAWAT DAN SALAM SEBAGAI SALAM YANG SEMPURNA KEPADA BAGINDA JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD S.A.W, SEMOGA KITA DILIMPAHI SYAFAATNYA DAN DIBERI PERTOLONGAN DIHARI YANG MANA TIADA SEBARANG PERTOLONGAN MELAINKAN KEBAJIKAN ATAS KEIMANAN YANG KITA KERJAKAN DI DUNIA.... "SALAM MAULIDUL RASUL"

Thursday, March 13, 2008

sedikit Ajaran daripada Nabi Muhammad SAW

Pada suatu ketika, seorang lelaki
bertemu sahabat Rasulullah SAW,
Abdullah ibn Masud dan berkata: “Wahai
Ibn Masud, nasihatilah aku dengan
sesuatu yang dapat meredakan
kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku
tidak tenteram, fikiranku kusut,
tidurku tidak nyenyak dan seleraku
hilang.”

Abdullah menjawab: “Bawalah hatimu
mengunjungi tiga tempat, pertama, ke
tempat orang membaca Al-Quran tidak
kira sama ada kamu ikut membacanya
atau kamu sekadar mendengar bacaan
orang lain.

“Kedua, kamu menghadiri majlis
pengajian yang mengingatkan kamu
kepada Allah.

“Ketiga, kamu mencari satu waktu
sunyi. Contohnya, pada waktu malam,
dan ketika itu kamu bangun
melaksanakan ibadah kepada Allah serta
memohon kepada-Nya agar diberikan
ketenangan dan kedamaian hati kepadamu

sabda rasulullah SAW: "sampaikanlah
daripadaku walau satu ayat"

Monday, March 10, 2008

BERITA TERKINI



KEDUDUKAN KERUSI DEWAN RAKYAT YANG DIMENANGI

NEGERI JUMLAH KERUSI BN PAS DAP PKR JUMLAH

CLN
CLN
CLN
CLN

3
3
0
0
0
3
15
4
6
0
5
15
14
2
9
0
3
14
8
7
1
0
0
8
13
2
0
7
4
13
24
13
2
6
3
24
14
12
0
0
2
14
22
5
4
4
9
22
11
1
1
5
4
11
1
1
0
0
0
1
8
5
0
2
1
8
6
5
0
1
0
6
26
25
0
1
0
26
1
1
0
0
0
1
25
24
0
1
0
25
31
30
0
1
0
31
JUMLAH
222
140
23
28
31
222




KEDUDUKAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG DIMENANGI

NEGERI JUMLAH KERUSI BN PAS DAP BEBAS PKR JUMLAH

CLN
CLN
CLN
CLN
CLN

15
14
1
0
0
0
15
36
14
16
1
1
4
36
45
6
38
0
0
1
45
32
24
8
0
0
0
32
40
11
1
19
0
9
40
59
28
6
18
0
7
59
42
37
2
2
1
0
42
56
20
8
13
0
15
56
W.P. KUALA LUMPUR
0
0
0
0
0
0
0
W.P. PUTRAJAYA
0
0
0
0
0
0
0
36
21
1
10
0
4
36
28
23
0
5
0
0
28
56
50
2
4
0
0
56
W.P. LABUAN
0
0
0
0
0
0
0
60
59
0
1
0
0
60
0
0
00
0
0
0
0
JUMLAH
505
307
83
73
2
40
505




Saturday, March 8, 2008

KAKI AMPU YANG MUNAFIK

Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.
Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.
Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."
Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."

MORAL & IKTIBAR

  • Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.
  • Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.
  • Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya.
  • Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.
  • Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.
  • Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri.
  • Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim.
  • Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.
  • Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa.
  • Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebab itulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.
  • Jangan menjadi pak turut sehingga menggelapkan kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan. Apabila kezaliman telah memenuhi mukabumi, menjadi fardhu ain kepada setiap orang membuat REFORMASI bagi menegakkan keadilan yang diLIWAT.