Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, April 7, 2008

LELAKI ACUAN AL-QURAN (thanks tengku)

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan Allah.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah lelaki yang menghormati Ibunya,
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya subuh dengan penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup didunia adalah ladang diakhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Lelaki Acuan Al-Quran,
Adalah lelaki…..
Yang tidak terpesona dengan buai dunia,
Kerana dia mengimpikan Syurga,
Disitulah rumah idamannya…..
" HATI UMPAMA CERMIN PADA PELITA,
HIDAYAH DI DALAMNYA UMPAMA API PADA
SUMBU YANG MENYALAKAN PELITA,
JIKA BERSIH CERMIN HATI,MAKA BERSINAR
GEMILANGLAH CAHAYA YANG DIPANCARKAN…"
(SURAH AN-NUR :35 )