Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Wednesday, April 30, 2008

30 APRIL Hari Bersejarah

Assalamu'alaikum wbt, hmmm...selesai sudah bulan April ini ku lalui dan pastinya hari ini merupkan hari yang paling bermakna buat segelintir sahabatku, sambutan hari ulang tahun kelahiran sahabat-sahabat kelahiran April dari Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) Kampus Antarabangsa Labuan disambut secara ala kadar dan cukup ceria, terasa manisnya ukhuwwah yang terjalin atas landasan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH swt.

hari ini mengajar aku tentang betapa kehidupan singkat yang dikurniakan oleh ALLAH swt perlu juga diisi dengan berkasih sayang sesama manusia, persaudaraan dan persahabatan atas tiket jalan dakwah sedikit sebanyak membantu kita yang kadang kala leka dibuai arus dunia. persahabatan yang sejati memang sukar dicari, namun sudah jumpa payah pula dijaga, sepertimana tagline blog aku ni.

Akhi Hafiz(15/4),Akhi Rosman(16/4), Akhi Farid(20/4), dan Akhi Ahmad(30/4) disambut ceria dengan iringan doa keselamatan dan kesejahteraan sahabat-sahabat yang lain, hidangan yang ala kadar terasa lebih sedap daripada masakan di hotel-hotel terkemuka dunia, itulah perasa tambahan yang ALLAH swt kurniakan kepada hambanya yang selalu berkasih-kasihan sesama manusia kerana-Nya.

tidak lupa buat Akhi Azizan(30/4) yang tidak dapat bersama-sama meraikan ulang tahunnya yang ke-22, namun doa kesejahteraan tetap kami layurkan buatnya. begitu juga buat adik-adik aku di SMK Tinggi Klang, adik Rauf(6/4), adik Nabilah(16/4),adik Nasrul(17/4) dan adik Azwan(30/4) semaoga kalian ceria selalu dan senantiasa bernaung dibawah lembayung rahmat-Nya.

begitulah sedikit coretan dari aku untuk hari ini..................

Sunday, April 27, 2008

inilah AKU...

assalamu'alaikum buat sahabat sahabiah yang sudi melawat blogku ni...syukur kehadrat illahi kerana aku masih diberi kesempatan membuat posting dicelahan kemalasan yang melanda diriku bagai ribut taufan yang merobek-robek keteguhan dan kesungguhan hati dalam setiap gerak geri.

jutaan kemaafan ku pohon daripada kalian kerana sikap ini tidak membantu kalian dalam saf perjuangan malahan mungkin hanya bebanan yang tidak sepatutnya kalian pikul semata-mata kerana nilai diriku yang hanya setakat debu-debu dibawah telapak kaki, yang mana akan hilag pada bila-bila masa sahaja.bukan sengaja memencil diri, aku tidak bisa untuk lama menghadap wajah-wajah antum sekalian, lantaran rasa malu yang menebal, betapa masih lagi ada yang sudi menghargai diri ini setelah segala kerenah yangdaku timbulkan.

sampai bila?...entahlah...tapi hati ini kadangkala meronta-ronta meminta bantuan di selamatkan daripada cengkaman kemalasan ini, walaupun hakikatnya hanya diri sendiri sahaja yang mampu mengubahnya berkat pertolongan ALLAH swt. walaupun dalam minggu peperiksaan sebegini, aku masih lagi tak mampu menggilap ilmu yang kian pudar, hanya lena dalam buaian kemalasan, sibuk dengan game, tidur, dan membaca komik...namun di lubuk hati ini masih lagi ada keinginan yang tebal untuk aku berubah, tapi manakan bisa jika tiada usaha, membuat azam memang mudah, tetapi melaksanakannya amat berat...


sejak abah meninggalkan aku buat selamanya, aku bagaikan hilang semangat untuk meneruskan usaha demi citaku menjadi seorang _______.abahlah yang banyak memujuk hatiku selepas pemergian mak, abang dan kakak ku pula bagaikan mendesak diriku untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, aku bukanlah seperti mereka yang sentiasa disokong oleh mak dan abah ketika dulu, memangaku tak nafikan kejayaan mereka di universiti, namun AKU adalah AKU.

namun hidup pasti perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan, semoga ALLAH swt senantiasa menguji aku agar aku boleh semakin dekat dengan-Nya, manakan ombak menghempas pantai kalau bukan kerana mahu mengubah pasirnya....

kalian...maafkan ku...