Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, May 1, 2008

JADILAH LELAKI SEPERTI INI

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Wednesday, April 30, 2008

30 APRIL Hari Bersejarah

Assalamu'alaikum wbt, hmmm...selesai sudah bulan April ini ku lalui dan pastinya hari ini merupkan hari yang paling bermakna buat segelintir sahabatku, sambutan hari ulang tahun kelahiran sahabat-sahabat kelahiran April dari Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) Kampus Antarabangsa Labuan disambut secara ala kadar dan cukup ceria, terasa manisnya ukhuwwah yang terjalin atas landasan keimanan dan ketaqwaan kepada ALLAH swt.

hari ini mengajar aku tentang betapa kehidupan singkat yang dikurniakan oleh ALLAH swt perlu juga diisi dengan berkasih sayang sesama manusia, persaudaraan dan persahabatan atas tiket jalan dakwah sedikit sebanyak membantu kita yang kadang kala leka dibuai arus dunia. persahabatan yang sejati memang sukar dicari, namun sudah jumpa payah pula dijaga, sepertimana tagline blog aku ni.

Akhi Hafiz(15/4),Akhi Rosman(16/4), Akhi Farid(20/4), dan Akhi Ahmad(30/4) disambut ceria dengan iringan doa keselamatan dan kesejahteraan sahabat-sahabat yang lain, hidangan yang ala kadar terasa lebih sedap daripada masakan di hotel-hotel terkemuka dunia, itulah perasa tambahan yang ALLAH swt kurniakan kepada hambanya yang selalu berkasih-kasihan sesama manusia kerana-Nya.

tidak lupa buat Akhi Azizan(30/4) yang tidak dapat bersama-sama meraikan ulang tahunnya yang ke-22, namun doa kesejahteraan tetap kami layurkan buatnya. begitu juga buat adik-adik aku di SMK Tinggi Klang, adik Rauf(6/4), adik Nabilah(16/4),adik Nasrul(17/4) dan adik Azwan(30/4) semaoga kalian ceria selalu dan senantiasa bernaung dibawah lembayung rahmat-Nya.

begitulah sedikit coretan dari aku untuk hari ini..................

Tuesday, April 29, 2008

BUAT IBU

Sebening titisan embun pagi
Secerah sinarnya mentari
Bila ku tatap wajahmu ibu
Ada kehangatan dalam hati ku

Air wudhu' selalu membasahimu
Ayat suci selalu dikumandangkan
Suara lembut penuh keluh dan kesah
Berdoa untuk putra putri mu

Disaat ku dirudung kegusaran
Dikau memberi tunjuk ajar sebenar
Kala kau gembira mengalir air mata
Tanda kesyukuranmu pada yang esa

Oh ibuku engkaulah wanita
Yang kucinta selama hidupku
Maafkan anakmu bila ada salah
Pengorbanamu tanpa balas jasa

Walau kini kau jauh di sana
Jasamu kekal di ruang indah hati
Keagungan cinta mengalir bersamanya
Di dalam jiwa hingga akhir nanti

Ya ALLAH ampuni dosanya
Sayangilah seperti dia menyayangiku
Berilah ia kebahagiaan
Di dunia juga di akhirat
Tempatkan ia antara kekasih-Mu

Monday, April 28, 2008

Kiamat


Hari Kiamat merupakan Hari Pengakhiran bagi semua makhluk di atas muka bumi ini. Hari kiamat merupakan hari di mana semua manusia dihimpunkan dari seawal-awal kelahiran iaitu manusia semenjak zaman Nabi Adam dan Hawa hinggalah kepada manusia yang paling akhir sekali dijadikan dan dimatikan oleh Allah. Pada hari itu juga manusia dihisab amalannya, Hari Kiamat adalah sesuatu perkara yang benar sebagaimana benarnya bahawa setiap manusia akan mati. Al-Quran banyak menyebut tentang Kiamat itu sebagaimana yang disebut dalam surah al-Hajj:7 bermaksud:


“Dan sesungguhnya hari kiamat itu pasti akan datang, tidak ada keraguan padanya…”


Dalam ayat lain Allah berfirman:


“Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi serta apa yang ada pada keduanya, melainkan dengan benar, dan sesungguhnya kiamat itu pasti akan datang, maka maafkanlah mereka dengan cara yang baik” (al-Hijr:85)


Kalian semua, mari kita fikir sejenak tentang tanda-tanda kecil menunjukkan hampirnya kiamat berdasarkan hadis sahih Nabi s.a.w dengan melihat realiti hidup kita serta kejadian berlaku pada manusia ketika ini.


Antara Tanda-Tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:


Penaklukan Baitulmaqdis

Dari Auf b Malik r.a katanya, “Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang Hari kiamat. “Baginda menyebutkan salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)


Zina Berleluasa

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang sesuka hatinya melakukan persetubuhan seperti keldai. Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang” (Sahih Muslim)


Alat-Alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan pada muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah bila hal itu terjadi?” Baginda menjawab: “Apabila telah bermaharajalela muzik (bunyi-bunyian) dan ramainya penyanyi-penyanyi wanita” ( HR Ibnu Majah)


Menghias Masjid dan Membanggakannya

“Diantara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megah dalam mendirikan masjid” ( H.R Nasai)


Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk Dengan Jiran

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan bersikap yang buruk dengan jiran” (H.R Ahmad dan Hakim)


Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” ( H.R Ahmad)


Orang Hina Mendapat Kedudukan Terhormat

“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka Orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (H.R Thabrani)


Mengucapkan salam Kepada Orang Yang Dikenali Sahaja

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” (H.R Ahmad)


Ramai Wanita Berpakaian Tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Huraira r.a “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”


Bulan Sabit Kelihatan Besar

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah membesarnya bulan sabit.” (H.R Thabrani)


Banyak Dusta dan Tidak Tepat dalam menyampaikan Berita

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh ibu bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” ( Sahih Muslim)


Banyak Saksi Palsu dan Menyimpan Kesaksian Yang Benar

“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad)


Negara Arab menjadi Padang Rumput dan Sungai

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim)


Demikianlah sebahagian daripada tanda-tanda kecil akan berlakunya hari kiamat. Marilah kita renungkan sejenak untuk menjadi panduan hidup. Hidup kita hanya sebentar sahaja di muka bumi ini, seharusnya hidup yang singkat ini kita isi dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, bangsa mahupun negara. Andai kita seorang pemuda/pemudi, jadilah pemuda/pemudi yang bijak, baik hati, ingat Tuhan dan berbakti.

Sunday, April 27, 2008

inilah AKU...

assalamu'alaikum buat sahabat sahabiah yang sudi melawat blogku ni...syukur kehadrat illahi kerana aku masih diberi kesempatan membuat posting dicelahan kemalasan yang melanda diriku bagai ribut taufan yang merobek-robek keteguhan dan kesungguhan hati dalam setiap gerak geri.

jutaan kemaafan ku pohon daripada kalian kerana sikap ini tidak membantu kalian dalam saf perjuangan malahan mungkin hanya bebanan yang tidak sepatutnya kalian pikul semata-mata kerana nilai diriku yang hanya setakat debu-debu dibawah telapak kaki, yang mana akan hilag pada bila-bila masa sahaja.bukan sengaja memencil diri, aku tidak bisa untuk lama menghadap wajah-wajah antum sekalian, lantaran rasa malu yang menebal, betapa masih lagi ada yang sudi menghargai diri ini setelah segala kerenah yangdaku timbulkan.

sampai bila?...entahlah...tapi hati ini kadangkala meronta-ronta meminta bantuan di selamatkan daripada cengkaman kemalasan ini, walaupun hakikatnya hanya diri sendiri sahaja yang mampu mengubahnya berkat pertolongan ALLAH swt. walaupun dalam minggu peperiksaan sebegini, aku masih lagi tak mampu menggilap ilmu yang kian pudar, hanya lena dalam buaian kemalasan, sibuk dengan game, tidur, dan membaca komik...namun di lubuk hati ini masih lagi ada keinginan yang tebal untuk aku berubah, tapi manakan bisa jika tiada usaha, membuat azam memang mudah, tetapi melaksanakannya amat berat...


sejak abah meninggalkan aku buat selamanya, aku bagaikan hilang semangat untuk meneruskan usaha demi citaku menjadi seorang _______.abahlah yang banyak memujuk hatiku selepas pemergian mak, abang dan kakak ku pula bagaikan mendesak diriku untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, aku bukanlah seperti mereka yang sentiasa disokong oleh mak dan abah ketika dulu, memangaku tak nafikan kejayaan mereka di universiti, namun AKU adalah AKU.

namun hidup pasti perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan, semoga ALLAH swt senantiasa menguji aku agar aku boleh semakin dekat dengan-Nya, manakan ombak menghempas pantai kalau bukan kerana mahu mengubah pasirnya....

kalian...maafkan ku...